Caprice Persoal Babak ‘Panas’ Vanidah Sentuh Janggut Guna Kaki Dalam Drama Bidaah, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

2 days ago 14

Penyanyi rap, Caprice tampil bersuara terhadap salah satu babak ‘panas’ dalam sebuah drama berjudul Bidaah untuk siaran Viu yang menjadi bualan netizen di media sosial.

Caprice, menerusi hantaran di Instagram turut memuatnaik sedutan babak pelakon, Vanidah yang memegang watak sebagai Ummi Hafizah yang menyentuh janggut suaminya menggunakan kaki, Walid Muhammad yang dilakonkan oleh Faizal Hussein.

“Lol apa yang saya baru tonton di timeline 😅. Kalau movie korang boleh layan dan percaya. Kasi Chance lah kes-kes berat yang real jugak.”-kapsyen Caprice di Instagram

Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Perkongsian Caprice mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang mempersoalkan bagaimanakah pihak terlibat boleh menayangkan drama-drama sedemikian pada bulan Ramadhan.

“Kenapa bulan puasa tayang cerita-cerita macam ni eh.”

“Bagus jugak cerita macam ni wujud, baru ada akal sikit orang-orang kita. Kalau tak, semua nak menafikan je spesis penunggang agama ni.”

“Kenapa sekarang cerita-cerita agama sesat macam okay je? Lepas satu produksi, then another one.”

“Meremang Cap. Auto geli lak dengan pak-pak janggut. Tak pasal-pasal.”

“Ini giler geli. Yang pelakon tu, masing-masing dah ada anak dara, anak bujang, mak bapak buat act macam ni. Tak malu ke? Nak minta suami/ isteri dan anak-anak puji konon mama dan papa diorang pelakon hebat Malaysia?.”

“Serius nak muntah tengok drama ni langsung tak tengok dah, please la bulan puasa kot dok tayang drama macam ni tak sesuai kalau bukan bulan Ramadhan pun takkan tengok geli tengkuk drama entah apa-apa.”

Dalam pada itu, pelakon Faizal Hussien memberikan kenyataan kepada media tempatan dengan menjelaskan bahawa pihak pengarah banyak bermain dengan persembahan artistik untuk babak intim.

Malah, babak Vanidah menyentuh janggut menggunakan kaki, mereka sebenarnya tidak bersentuhan kerana aktor ini memakai janggut palsu.

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |