Kecoh baru-baru ini apabila Aamir Khan memperkenalkan teman wanita baharunya, Gauri Spratt semasa hari jadinya yang ke-60. Lebih terbuka mengenai kehidupan cintanya kali ini, Aamir turut bercakap mengenai masa depan hubungannya dengan Gauri.
Selepas pengumuman tersebut, peminat dan juga warganet India mula membincangkan kemungkinan pelakon itu akan berkahwin kali ketiga pada tahun ini.

Sekadar info, Gauri Spratt berasal dari Bengaluru dan merupakan ibu kepada seorang anak lelaki berusia enam tahun. Aamir dan Gauri sebenarnya sudah lama berkawan. Mereka mengenali antara satu sama lain selama 25 tahun. Hubungan mereka mula diperkatakan selepas Aamir bercerai dengan Kiran Rao.
Nampaknya seperti tidak main-main, Aamir mengatakan Gauri adalah sumber ketenangan dan keselesaannya sepanjang mereka berkenalan.
“Saya sedang mencari seseorang yang boleh beri saya rasa tenang, selesa dan dialah orangnya. Kami juga berasa selamat antara satu sama lain. Dan pada ketika ini, kami juga rasa seperti tidak perlu menyembunyikan apa-apa daripada anda.”
Apabila ditanya mengenai rancangan perkahwinannya dengan Gauri, Aamir memberithu bahawa mereka sangat komited dengan hubungan tersebut.
“Kami komited sepenuhnya dengan hubungan ini. Saya telah berkahwin dua kali sebelum ini. Berkahwin pada usia 60 tahun, bolehkah? Tetapi kita akan lihat…”
Agak-agak kamu, adakah Aamir akan berkahwin dengan pilihannya, Gauri Spratt?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.