Apabila Imran Khan Dedah Ditampar 20 Kali Oleh Katrina Kaif Kerana Sebab Ini…

2 weeks ago 23

Mesti rasa pedih dan berdesing telinga kan?

Tak ramai yang tahu sebenarnya aktor Imran Khan pernah ditampar sebanyak 20 kali oleh aktres Katrina Kaif ketika penggambaran filem ‘Mere Brother Ki Dulhan’.

Foto – Bolly Spice

Dalam sebuah temu bual dengan Urban Asia, Katrina Kaif berkongsi butiran lengkap mengenai kejadian yang tak dapat dilupakan daripada set filem itu.

Mengimbas kembali adegan penting, di mana watak Imran Khan berhadapan dengannya, Katrina menjelaskan adegan itu melibatkan tamparannya.

Foto – Cine Josh

Kongsi Katrina, ketika adegan tersebut, dia berasa kecewa kerana nada dialognya pada mulanya tidak sesuai. Untuk menjadikannya lebih menyakinkan dan nyata, Imran mencadangkan dia menamparnya secara betul dan bukan berpura-pura.

Mengambil nasihat Imran, Katrina meneruskannya tetapi memandangkan adegan itu memerlukan banyak pengambilannya, Imran akhirnya menerima beberapa tamparan yang sangat keras dan kuat.

Foto – Bolly Spice

Pada penghujung penggambaran, Katrina akui Imran merayu tidak boleh menerima tamparan lagi. Walaupun ianya satu cabaran, mereka akhirnya berpuas hati dengan hasil adegan tersebut.

“Saya tidak boleh menerima tamparan lagi.”- Imran Khan.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |