Adakah anda layak terima kredit eWallet RM200 dalam MyKad?
Untuk bulan Oktober 2025, program eWallet RM200 kini rasmi dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak. Untuk pengetahuan semua, inisiatif ini adalah sambungan program MyKasih SARAM dengan bantuan nilai antara RM50-RM200 yang dimasukkan terus ke cip MyKad tanpa perlu eWallet tambahan.
Siapa Yang Layak Terima?
Penting untuk anda tahu bahawa tak semua rakyat Malaysia layak menerima bantuan eWallet RM200 MyKad ini. Kelayakan penerima ditentutkan berdasarkan beberapa kriteria seperti:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang menerima STR Fasa 4 secara automatik layak
- Warganegara Malaysia yang memegang MyKad sah dan aktif
- Nama tersenarai dalam sistem eKasih sebagai kategori miskin atau miskin tegar
- Isi rumah berpendapatan rendah B40 dan sebagai M40 tertentu
Cara Semak Kelayakan Penerima
Semak kelayakan berdasarkan lima langkah mudah berikut:

- Layari portal rasmi MyKasih [www.mykasih.com.my].
- Pilih menu “Semak Status Program”
- Masukkan nombor MyKad tanpa simbol “-“
- Sahkan captcha dan tekan “Semak”
- Status akan dipaparkan sama ada anda “Layak” atau “Tiada Rekod”.
Jumlah Bantuan Mengikut Kategori
Tak semua penerima akan menerima jumlah bantuan yang sama. Bantuan akan diberikan mengikut kategori penerima yang layak:
- Isi Rumah (eKasih): RM200
- Warga Emas (eKasih): RM150
- Bujang (eKasih): RM50
- Isi Rumah (Bukan eKasih): RM100
Sekadar info, penerima perlu menggunakan kredit eWallet MyKad mereka sebelum 31 Oktober 2025. Baki kredit yang tidak digunakan sebelum 31 Oktober 2025 akan luput dan tidak boleh dibawa ke bulan November.
Kredit eWallet MyKad ini juga hanya boleh gunakan untuk pembelian barang asas yang diluluskan oleh kerajaan seperti makanan asas, barangan keperluan. Untuk senarai barang SARA, anda boleh rujuk di [SINI].
Semoga bermanfaat!