Zizi Kirana sekali lagi menunjukkan keberanian apabila lantang mengecam propaganda rejim Israel yang mendakwa misi Global Sumud Flotilla mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Hamas. Penyanyi berusia 40 tahun itu menegaskan tuduhan berkenaan hanyalah helah murahan untuk menutup kezaliman berpanjangan Zionis terhadap rakyat Gaza. Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, misi berkenaan tidak pernah berunsurkan keganasan, sebaliknya membawa bekalan asas seperti susu formula bayi, makanan, ubat-ubatan serta keperluan lain untuk penduduk Gaza yang menderita akibat sekatan.

“Allahuakbar! Mereka dakwa kami ini pengganas, padahal kami datang bawa bantuan kemanusiaan. Hello Israel laknatullah, kamulah pengganas sebenar,” tegas pelantun lagu Eh itu dalam ciapan penuh emosi di Threads. Katanya lagi, Israel kini semakin takut dan mula mereka-reka drama untuk mengaburi mata dunia. Zizi menyeru masyarakat antarabangsa agar terus menyebarkan mesej bahawa Global Sumud Flotilla adalah misi kemanusiaan tanpa sebarang unsur keganasan.

Kenyataan beraninya segera mendapat sokongan padu netizen yang membanjiri ruangan komen dengan doa serta kata semangat. Ada yang meluahkan rasa bangga melihat Zizi berani menyuarakan kebenaran walaupun berdepan risiko, malah tidak kurang yang mendoakan keselamatan semua sukarelawan di kapal itu. Difahamkan, isteri kepada aktor Yusuf Bahrin itu kini berada di atas kapal menuju ke Gaza selepas berlabuh di Sidi Bou Said, Tunisia, dengan jangkaan tiba ke perairan Gaza dalam tempoh lapan hingga 10 hari lagi.

Selain Zizi, pelakon dan usahawan Ardell Aryana turut bersama 15 lagi wakil Malaysia yang selamat tiba di Tunisia selepas belayar dari Sepanyol, menjadikan misi ini antara usaha paling bersejarah yang melibatkan penyertaan rakyat Malaysia di pentas dunia bagi membela nasib Palestin.

2 months ago
61


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


