Penyanyi dan pelakon berbakat tanah air, Ziha Salleh yang kini berusia 30 tahun kembali mewarnai industri muzik tempatan dengan single terbaharu berjudul Romansa.
Mengetengahkan Genre City Pop
Lagu ini mengetengahkan genre city pop yang segar, penuh emosi dan berbeza daripada karya-karya terdahulunya.
Setelah hampir setahun menyepi sejak pelancaran Cinta Malam Purnama pada tahun 2023, Ziha tampil dengan kelainan melalui kerjasama bersama penyanyi dan komposer Indonesia, Allan Andersn.
Menurut Ziha, Romansa bukan sekadar lagu cinta biasa, malah ia merupakan karya peribadi yang lahir daripada ikatan persahabatan yang lama terjalin antara mereka berdua.
Lagu ini tercipta hasil daripada perbualan kami selepas bertahun tidak berjumpa.
Tanpa dirancang, perbualan itu berkembang menjadi sebuah projek muzik yang sangat dekat di hati kami.
Menariknya, Romansa menyaksikan peralihan genre muzik Ziha daripada irama etnik ke city pop.
Berkembang Sebgai Artis Versatil
via Asraf AididPada tahun 2022, Ziha pernah meraih trofi Lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) menerusi lagu Adat Kasih.
Walaupun begitu, perubahan ini dianggap sebagai satu eksperimen dan ruang untuk dirinya berkembang sebagai seorang artis versatil.
Romansa menceritakan tentang perasaan rindu mendalam, keraguan dalam cinta, dan hasrat untuk bersama insan istimewa.
Fasa Kematangan Dalam Hidup
Dengan gubahan muzik yang berjiwa dan vokal yang ikhlas, lagu ini diharapkan dapat menyentuh perasaan para pendengar.
Lebih dari sekadar muzik, lagu ini juga mencerminkan fasa kematangan dalam hidup Ziha sebagai wanita bekerjaya yang juga bergelar isteri dan ibu.
Ziha mengambil rehat seketika daripada dunia seni demi memberi tumpuan kepada anak sulungnya yang mula bersekolah rendah pada awal tahun ini.
Romansa telah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital pada 1 Ogos 2025.
Ziha berharap lagu ini diberi ruang untuk diputarkan di stesen radio tempatan dan mendapat sambutan daripada pendengar yang menghargai karya seni yang tulus.

3 months ago
57


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


