Baru-baru ini, akaun Instagram @fazurafatima_fc berkongsi satu momen comel yang mencuit hati peminat Fazura. Video tersebut dirakam selepas berakhirnya Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), acara fesyen paling berprestij di Malaysia yang setiap tahun menjadi pentas selebriti dan pereka terkenal berkumpul.
Dalam video berdurasi beberapa saat itu, Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra disapa Fazura, dilihat berjalan penuh gaya bersama rakan-rakan rapatnya, termasuk pelakon jelita Diana Danielle. Dengan langkah yakin, senyuman tersisip di bibir, dan aura seorang bintang, Fazura memang kelihatan “slay” seolah-olah baru habis runway walaupun sebenarnya hanya keluar dari lokasi acara.
Bagi yang mungkin baru mengenali, Fazura bukanlah nama asing dalam industri hiburan. Pelakon, penyanyi dan usahawan ini terkenal dengan personalitinya yang mesra, bersahaja tetapi tetap elegan. Sejak awal kemunculan di layar perak sekitar awal 2000-an, Fazura berjaya membina nama sebagai salah satu figura fesyen paling berpengaruh di Malaysia.
Namun momen ini jadi lebih mencuit hati apabila tiba-tiba seorang jejaka berpenampilan sedikit feminin melintas lalu dan menyapa Fazura dengan nada mengusik:
“Berlagak, dah la tak cantik, berlagak.”
Tanpa menunggu lama, Fazura spontan membalas dengan nada tegas tetapi jelas berbaur gurauan:
“Pondan masuk neraka tau, Allah laknat!”

Suasana pun terus pecah dengan gelak tawa mereka berempat, termasuk Diana Danielle yang berdiri di sisi. Jelas sekali ini hanyalah gurauan mesra antara teman rapat yang sudah cukup mengenali hati budi masing-masing.
Kalau dilihat dari luar, mungkin ada yang akan salah faham. Tapi sebenarnya, inilah bukti bagaimana hubungan yang dibina atas rasa percaya dan rapatnya persahabatan boleh membuatkan kita bebas bergurau tanpa rasa tersinggung. Dalam dunia hiburan yang sering penuh salah faham, Fazura dan geng membuktikan bahawa di sebalik glamor dan gaya, mereka masih ada ruang untuk bergelak ketawa seperti orang biasa.
MURAI faham, persahabatan yang ikhlas bukan sekadar hadir di waktu senang atau susah, tetapi juga mampu menertawakan satu sama lain tanpa perlu hati terasa. Macam Fazura dan rakan-rakannya ini memang friendship goal habis!

3 months ago
85


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


