[VIDEO] Pengulas Amerika Hina Malaysia Tiada Wang?

5 days ago 23

Seorang pengulas politik terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly, baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila beliau mengeluarkan kenyataan menghina Malaysia dengan melabelkan negara ini sebagai “miskin”. Ucapan tersebut dibuat ketika O’Reilly membincangkan dasar luar AS dalam satu segmen program bual bicaranya, dan mempersoalkan tindakan Presiden China melawat Malaysia. Kenyataannya itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia serta komuniti antarabangsa.

Kenyataan Kurang Sensitif

Dalam program berkenaan, O’Reilly dikatakan meremehkan beberapa negara membangun termasuk Malaysia, dengan menggambarkan mereka sebagai negara yang “tidak penting” dalam percaturan global kerana taraf ekonomi yang kononnya rendah. Kenyataannya berbunyi:

“Biar saya berterus terang. Mereka (Malaysia) tiada duit langsung. Mereka tak boleh tolong kamu, mereka tak akan beli barang kamu sebab mereka tak ada duit,” kata O’Reilly dalam klip di X.

Kenyataan itu bukan sahaja tidak berasas, malah mencerminkan kurangnya pengetahuan serta sikap angkuh terhadap kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa. Dengan nada angkuh dan sombong, beliau menambah bahawa keadaan akan menjadi buruk jika China kehilangan pasaran AS memandangkan negara terbabit mempunyai rakyat berkemampuan untuk membeli barangan dari China.

“Sebab kami ada duit, kami beli barang. ‘Orang Melayu’ tidak akan membeli barang anda, mereka tiada duit,” menurutnya lagi.

Reaksi Rakyat Malaysia

Sudah pasti rakyat Malaysia terkilan dengan kenyataan O’Reilly yang tidak wajar dan mencerminkan keangkuhan segelintir pihak di AS. Selain itu, rakyat Malaysia turut meluahkan rasa kecewa melalui media sosial dengan ramai yang menyeru agar O’Reilly memohon maaf secara terbuka.

Mungkin Dia Cemburu?

Ada netizen yang beranggapan bahawa kenyataan tersebut menonjolkan sifat cemburunya sebagai warga negara Amerika Syarikat. Presiden China merupakan individu yang berpengaruh di dunia, jadi tidak hairanlah jika negara besar itu cemburu dengan kehadiran presiden China ke Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun. Ekonomi negara Malaysia masih stabil, pelancong juga makin ramai yang datang. Rakyat ula hidup aan damai walaupun berbilang kaum, bangsa dan agama. Jadi, kenyataan terbuka oleh O’Reilly memberi impak kepada masyarakat Malaysia, seolah-olah menghina dan menjatuhkan maruah negara.

Kenyataan Bill O’Reilly membuktikan betapa pentingnya pendidikan global dan kefahaman antara budaya dalam dunia yang semakin saling bergantung. Dalam era keterbukaan ini, penghinaan berdasarkan persepsi lapuk bukan sahaja tidak membantu, malah boleh menjejaskan hubungan antarabangsa. Malaysia mungkin tidak sebesar AS dari segi saiz atau kuasa, tetapi bukanlah satu negara yang layak dihina sebegitu rupa.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |