Siapa yang tidak kenal dengan Noorkhiriah Ahmad Shapie atau lebih dikenali sebagai Noorkhiriah. Dia merupakan seorang pelakon dan pelawak yang dikenali di seluruh Malaysia.
Namanya tidak asing lagi dalam industri seni tanah air apabila memenangi sebanyak tiga kali berturut-turut Artis Komedi Wanita Popular ABPBH. Memulakan kerjayanya pada tahun 1999 sehingga kini, membuatkan Noorkhiriah menjadi wanita yang kuat dan tabah.
Noorkhiriah kini lebih gemar menghadiri majlis-majlis ilmu yang dianjurkan di Malaysia kerana kini dia menginginkan mencari harta akhirat bersama kawan-kawan yang dapat membantu sedikit sebanyak mengingatkannya kepada kehidupan akhirat.
“Noorkhiriah & Emma Maembong Ni Bagi Watak Apa Sahaja Mesti Dilakukan Dengan Penuh Jiwa”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @apit_marcello yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta, tanda suka sebanyak 44 ribu dan sebanyak 863 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Emma Maembong yang memijak belakang badan Noorkhiriah semasa berlakon di dalam sebuah drama terbaru yang bakal membuatkan ramai menangis menontonnya nanti.
@apit_marcelloEMOJI APA YG KORANG PATUT BAGI DEKAT DIORG ??? behind the scene “SERIBU TAHUN “ #SeribuTahun #seributahunlagi #behindthescene #astroria #astro #fypシ゚ #foryoupage #fyp #sookamalaysia #sooka #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #viral #beranda #berandatiktok #berandafyptiktok #imranajmain #imranajmainseributahun #emmamaembong #khiriah @emma maembong @NurByKhiriah
♬ original sound – Apit Marcello – Apit Marcello
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Noorkhirah seorang pelakon yang sangat berbakat dimana tangisannya boleh membuatkan ramai turut menangis sama.
Apa-apa pun, seoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.