[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Reaksi Qadejah & Datin Shahida Menaiki Unta

9 hours ago 5

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @bismieamer0 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 164 ribu, tanda suka sebanyak 5,829 dan sebanyak 65 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Qadejah dan Datin Shahida yang pertama kali menaiki unta ketika menunaikan Umrah baru ini.

“Lawak Bila Qadejah Dengan Datin Sama Sama Jerit Hahaha”-Netizen

@bismieamer0

Korang pernah cuba naik unta tak??? Kalau datang Madinah sekali seumur hidup cubalah rasai bagaimana menunggang unta di padang pasir.. Memang mencabar… Macam manalah Nabi kan? berhijrah dari Makkah ke Madinah di tengah padang pasir yang sangat panas.. Subhanallah.. Sambil berjalan ni, sempat lagi kami makan Jeruk Mangga Papa Laris tau buat kudap-kudap… Jangan lupa dapatkan Jeruk Mangga Papa Laris ni!!! packaging baru dah sekarang… Background music by @Ihsan Lathief Ihsan Lathief “Jadaka Al-Ghayth”.

♬ original sound – Bismie Amer – Bismie Amer

Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa telatah Datin Shahida sangat lucu kerana memberi pesanan kepada Qadejah untuk tidak menjerit ketika menaiki unta namun kedua mereka menjerit bersama.

“bestnya naik unta”

“comeii je dua beranak ni”

“kaki unta kecik namun gagah perkasa”

“suara cess pun dah lebih kurang datin je”

“Datin kemain pesan last last dua dua jerit hahaha lawak la”

Qadejah El Zahra, anak kedua kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, ialah remaja berusia 15 tahun yang sering mencuri perhatian di media sosial. Dilahirkan pada 2010, beliau dikenali sebagai Cess dan mempunyai personaliti petah bercakap, mirip bapanya.

Qadejah aktif di TikTok dan Instagram, berkongsi gelagat ceria dan pandangan matang, seperti keengganannya berkahwin awal demi mengejar pelajaran dan impian ke luar negara. Beliau juga menunjukkan bakat memasak dan membantu ibunya di dapur, selain mempromosikan perniagaan keluarga seperti jenama tudung dan resort.

Dilatih Aliff sejak kecil untuk berinteraksi dengan media, Qadejah digelar “Aliff Syukri 2.0” kerana kepetahannya. Wajahnya yang manis, mirip ibunya, dan sikap rendah hati menjadikannya idola ramai.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |