Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Amira Othman sedang bersiap seperti bakal pengantin, namun yang menarik perhatian ramai adalah kad dan penyangkut baju yang mempunyai nama Amira Othman dan Fattah Amin itu.
Video tersebut yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @azzahrah7728 kini peroleh jumlah tontonan sebanyak 423 ribu, tamda suka sebanyak 8,508 dan sebanyak 254 komen.
@azzahrah7728arghhh lurve sangat… kak long cantik bebenorrrr… abg long mana cepat 🤣🤣🤣🤣 @Amira Othman @Fattah Amin #amiraothman #fattahamin
♬ Sireh Pinang – Siti Nurhaliza
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa itu hanyalah gimik untuk sebuah jenama pakaian sahaja.
“naik betul seri dia tu, sekarang gimik akan datang mungkin betul”
”kad tu ada nama A dan F laaa”
”naik seri betul, dah macam puteri Brunei tu”
”memang cantik giler Amira Othman ni”
”kami tengah tunggu pengantin lelaki ni hahahah”
”walaupun hanya mv brand ni tapi seri dia memang terserlah”
”lawa kak long, moga cepat berjodohan dengan bang long”

Info Tambahan, Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.
Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari serta mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.

3 months ago
57


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


