[VIDEO] “Isteri Saya Banyak Membantu Susah Senang…”-Aliff Syukri

4 days ago 21

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri membuat perkongsian istimewa mengenai mengenai perjalanannya bersama isteri, Datin Seri Shahida yang membuatkannya lebih matang.

Aliff menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menitipkan rasa syukur apabila isterinya sentiasa membantu dalam susah dan senang untuk mengecapi kesenangan ke tahap yang sekarang.

“Ini cerita kami, 20 tahun yang lepas, kami berkenalan di office. Ketika itu saya bekerja sebagai kerani di Sendayu Tinggi. Dan kami bernikah ketika itu umur saya 20 tahun. Ketika ini gaji saya 1800.

Iklan sungguh bermakna, tak sangka pula dia jadi isteri saya. Pengalaman saya berniaga dari bawah mengajar saya sampai ke hari ni. Zaman sekarang zaman TikTok. Isteri saya banyak membantu susah senang sehingga ke tahap ini.

Ini semua berkat doa ibu dan isteri saya, Tak sangka pula dapat anugerah dari TikTok. Indah sungguh percaturan hidup ini semoga keluarga kami kekal bahagia sampai ke Jannah. I love you my big family..”-kongsi Aliff di Instagram

“Datuk Terbaik Tak Guna Modal Dari Mak Datuk…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat kedua-dua pasangan romantis, malah ramai yang menitipkan doa agar keluarga bahagia ini berkekalan hingga ke Jannah.

“Huge respect, Dato angkat darjat isteri saat ada orang menghina dia. Semoga berkekalan hingga ke Jannah.”

“Tahun ni Datuk nampak matang.”

“Datuk terbaik tak guna modal dari mak Datuk dan tak guna pun nama mak Datuk naik. Tahniah Datuk. Tapi masuk keluarga lain, habis nak maki-maki isteri Datuk lagi. Sedangkan sebelum ini bahagia dengan cara Datuk sekeluarga semua.”

“Saya selalu inspirasi Datuk Datin niaga. Pernah jumpa sekali dulu, suami isteri sangat kerjasama, jatuh bangun bersama, penat lelah membuahkan hasil . Semoga sentiasa bahagia hingga ke Jannah aaminn.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |