[VIDEO] “InshaAllah, Doakan Yang Terbaik”- Puteri Sarah Sudah Bersedia Untuk Kahwin Semula?

7 hours ago 4

Selepas dua tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, aktres Puteri Sarah Liyana kini akui hatinya telah terbuka untuk kembali berkahwin. Menerusi temu bualnya di program Melodi TV3, Puteri Sarah menjelaskan bahawa kisah lalunya tidak menghalang diri dan mematahkan semangatnya untuk menjalani kehidupan yang lebih bahagia bersama pasangan baru.

“Saya tak tahu sama ada saya cukup menginspirasikan daripada kisah lama dahulu terutamanya kepada kebangkitan wanita. Sekarang yang saya mahukan adalah kalau ada jodoh, doakan.”

“Mestilah saya mahu ada orang yang jaga. Takkan nak single sampai tua.”

Walau bagaimanapun, aktres dan juga menantu kepada Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah itu menegaskan bahawa dia tidak terburu-buru dalam membuat keputusan untuk berkahwin semula. Malah dia mengutamakan kebahagian anak-anaknya dan juga dirinya terlebih dahulu.

“Saya nak ke arah itu (perkahwinan), tapi buat satu persatu. Fokus pada anak-anak, sayangi diri sendiri dulu kemudian baru boleh fikir langkah seterusnya.”

Apabila ditanya mengenai rancangan untuk menamatkan status ibu tunggal, Puteri Sarah hanya meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.

“InshaAllah, doakan yang terbaik. Benda yang baik saya akan beritahu, taknak ada fitnah lagi. Bimbang kalau beritahu perkara yang sama berulang lagi. Jadi saya fikir dulu nak buat apa, nantikan.”

YouTube video

Sekadar info, Puteri Sarah Liyana sebelum ini pernah memaklumkan bahawa dia sedang mengenali hati budi seorang aktor dan usahawan Indonesia, Andi Arysil.

Manakala untuk rekod, Puteri Sarah Liyana pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof pada Februari 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah. Perkahwinan tersebut tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 18 April 2023 kerana kontroversi membabitkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |