Usahawan dan selebriti sensasi, Dato’ Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menghadiahkan isterinya, Datin Seri Shahida barangan kemas bernilai RM1.5 juta. Momen mewah ini dikongsikan sendiri oleh Datin Seri Shahida melalui akaun Instagramnya.
Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Aliff dilihat memilih pelbagai jenis riasan emas buat hadiah kepada isterinya. Reaksi terharu Shahida menjadi tumpuan ramai, apatah lagi apabila beliau cuba untuk menolak pemberian suaminya namun dipujuk kerana dikatakan emas boleh menjadi aset keluarga.
“Kita beli ni bukan untuk sesiapa, untuk anak saya juga. Saya kerja keras untuk sayang juga sebab banyak tolong saya kerja. Bukan mahal pun 1.5 juta ni, aset kita. Kalau saya meninggal nanti ada anak kita harta.” pujuk Aliff Syukri.
Pasangan ini yang sudah lebih 17 tahun melayari bahtera perkahwinan sering menjadi perhatian netizen dengan gelagat mereka yang kadang kala lucu, kadang kala penuh kemewahan. Tidak kurang juga yang memuji tindakan Aliff, menyifatkan ia sebagai contoh suami yang menghargai isteri.
Namun begitu, seperti biasa, tidak semua netizen memberikan reaksi positif. Ada juga yang mengkritik aksi tersebut sebagai berlebih-lebihan dan menunjuk-nunjuk, serta seperti memprovoke isu yang hangat sekarang.
Apapun pendapat orang ramai, jelas bahawa pasangan ini tahu cara mencipta momen istimewa dalam perkahwinan mereka. Dan dengan hadiah bernilai RM1.5 juta itu, nampaknya status “Datin Seri” Shahida benar-benar diserlahkan, jauh dari gelaran “mak cik” yang pernah dilemparkan padanya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.