Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.,
Selain Aliff Syukri, ibunya Bonda Rozita serta kakaknya Noor Hayati juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan yang mengubah kehidupan susah mereka suatu ketika dulu dan kini menjadi inspirasi ramai orang. Kini, anak perempuannya lebih menonjol dan sering kelihatan mempromosikan barang-barang perniagaan miliknya apabila mempunyai masa yang terluang.
“Kalau Bergosip Semangat Hidup Ko Kan Qadejah, Kalau Takde Gosip Layu Je Ko Hahaha”-Datin Shahida
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @anisracunsyou yang peroleh perhatian ramai.
Video tersebut kini meraih jumlah tontonan sebanyak 236 ribu, tanda suka sebanyak 7,880 dan sebanyak 383 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Qadejah yang mengaitkan perkara yang berlaku ketika beliau membuat live dengan jumlah 1.5 juta.
“Hastag 1.5 juta”
“Views naik terus, kita nak 1.5juta views”
“Cantik tak beg saya, ni harga 1.5 juta”
“Kalau pakai beg ni confirm takde makcik2, 1.5 juta boleh muat dalam beg ni”-kata Qadejah
@anisracunsyouLawooo wehh beg khadijah tu🥵😍 #handbag #handbags #handbagtiktok #handbagmurah #alifsyukriterlajaklaris #handbagpapalaris #handbagcollection #handbagwanita #handbagmurah #handbagmalaysia #handbagviral #shahidadherbs #handbagaslegacy #terlajaklaris #terlajakmurah #begwanita #begwanitamurah #begtangan #begtanganmurah #begtanganwanita #begtanganperempuan #begtangancantik #foryou #fyp #begaliffsyukri
♬ original sound – 𝓡𝓪𝓬𝓾𝓷𝓼𝔂𝓸𝓾 🧚🏻♀️🎀 – 𝓡𝓪𝓬𝓾𝓷𝓼𝔂𝓸𝓾 🧚🏻♀️🎀
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Qadejah sangat semangat sampai hilang slang inggeris apabila menggunakan bahasa Malaysia. Tambah mereka lagi mesti pihak disana menyesal kerana jikalau diam pasti tidak akan timbul isu 1.5 juta ini.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.