Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.
Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.
“Semua Sayang Sultan Pahang Sebab Apa Apa Yang Baginda Buat Selalu Guna Common Sense”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @kesultanan.pahang yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta, tanda suka sebanyak 66 ribu dan sebanyak 2,704 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Sultan Pahang yang turun dari perahu yang dinaikinya itu kerana tersangkut dan kemudian baginda turut serta menolak perahu tersebut.
@kesultanan.pahang[SEDUTAN VIDEO] Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan turun ke sungai dan menolak sendiri bot berhampiran Kampung Sungai Sepia ketika menyusur Sungai Pahang ke Pos Kawalan Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah menggunakan bot dari Jeti Kampung Bantal, Ulu Tembeling pada 14 April 2025. Eksklusifnya, video berkenaan dirakam oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. -KESULTANAN PAHANG
♬ original sound – Kesultanan Pahang – Kesultanan Pahang
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Sultan Pahang dan keluarganya sangat merendah diri terutamanya apabila beramah mesra dengan rakyat jelata. Tambah mereka lagi, beruntung negeri Pahang kerana peroleh Sultan seperti baginda.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.