[VIDEO] Gelagat Tok Ram Dodoikan Anak Kesayangannya, Curi Perhatian Ramai!

11 hours ago 6

Siapa yang tidak kenal dengan Dato Ramli Ms atau lebih mesra dengan panggilan Tokram, yang merupakan orang kuat di dalam industri muzik tanah air. Tokram dilahirkan di Singapura pada 17 November 1958 kemudian beliau menukar kerakyatan Malaysia pada tahun 1989.

Walaupun beliau tidak berpendidikan tinggi, namun pengalamannya dalam bidang muzik sudah cukup untuk melayakkannya digelar bapa muzik kerana beliau berbakat sebagai pemuzik, penggubah lagu, konduktor muzik, pelakon dan lain-lain.

Pernah berkahwin dengan Jennifer Thompson pada tahun 1988 sehingga 1999 serta dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli. Kemudian Ramli Ms berkahwin dengan penyanyi Malaysia iaitu Datin Alyah dan mempunyai seorang anak angkat yang bernama Nur Izzara.

“Nampak Gaya Yang Tukang Dodoi Tu Macam Tidur Dulu Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Datin Alyah yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 429 ribu, tanda suka sebanyak 15 ribu dan sebanyak 212 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tok Ram yag sedang mendodoikan anak perempuannya Izzara untuk tidur bersamanya itu.

@alyah81official

Mcm dia sorang jahhh ada daddy.Takut kena tinggal mcm kemarin lah tu.Daddy blk singapore tak bawak adik zara☹️☹️☹️

♬ Takkan Terganti – Arnas19✨

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Izzara sangat manja apabila bersama Tok Ram.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |