Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007, sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah ST THOMAS, Kuantan pada 2008 hingga 2012.
Baginda juga melanjutkan pelajaran ke Universiti of Notthingam. Pada May 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School Of Diplomacy and Relations Switzerland dengan Ijazah dalam hubungan Antarabangsa. Kemudian baginda melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.
“Tu Permainan Pecah Buah Keras Tu Tapi Gaya Tuanku Dah Macam Nak Buka Silat Pula Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @arbaee19 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 207 ribu, tanda suka sebanyak 6,158 dan sebanyak 332 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Hassanal yang mengikut daya ala-ala silat untuk memecahkan buah keras.
@arbaee19Hebat la Tuanku ikut step lagi belajar silat🤭 #tengkuhassanalibrahimshah #tengkumahkotapahang #kembarapahang2025
♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa semoga Tengku Hassanal mempelajari ilmu dalam pensilatan pada masa akan datang kerana kesultanan dahulu kala amat mahir dalam bersilat.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.