Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Tokti Pun Salah Sorang Follower BASS Jugak Ke Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @bellaastillahsyedsaddiq7 yanng peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 381 ribu dan sebanyak 17 ribu dan sebanyak 383 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti dan Nadeera yang menyakat Bella Astillah dan Syed Saddiq ketika di majlsi sambutan raya yang dianjurkan oleh Tokti itu.
@bellaastillahsyedsaddiq7HAHAHAHA @Bella Astillah @Syed Saddiq @Siti Nurhaliza #bellaastillah #syedsaddiq #BASS #reposted #foryoufyp #syedsaddiqbelaastillah #artismalaysia #fyptiktokviral #trendingreel #support
♬ original sound – 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐁𝐀’𝐒𝐒 – 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐁𝐀’𝐒𝐒
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa, tidak menyangka Tokti juga mengetahui mengenai BASS yang sedang berlegar di laman media sosial sekarang ini.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.