Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson, merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia. Zahirah menjayakan beberapa drama televisyen yang melonjakkan namanya diperingkat yang lebih tinggi.
Zahirah kemudian berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza selepas sama-sama digandingkan bagi membintangi satu drama yang membuatkan hubungan mereka semakin akrab. Selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga, kemudian mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Isaac Raees dan Inara Raisa.
“Bagusnya Zahiran Dan Aiman Terapkan Bercakap Bahasa Melayu Dengan Anak, Isaac Raees Fasih Dua Bahasa”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fansofisaacraees yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 81 ribu, tanda suka sebanyak 2,636 dan sebanyak 41 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Zahirah yang membawa anak-anaknya pergi memasuki kapal yang berhampiran dengan hotel penginapam mereka.
@fansofisaacraeesCaptain Isaac ⚓️⛴️ #isaacraees #inararaisa #aimanhakimridza #zahirahmacwilson #zahirah #aimanhakim
♬ original sound – Aiman Zahirah Isaac Inara – Aiman Zahirah Isaac Inara
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka kagum kerana Isaac Raees lancar menggunakan bahawa Malaysia. Tambah mereka lagi, Isaac Raees sangat kacak manakan tidak kedua ibu bapanya juga sama cantik sama padan.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.