[VIDEO] Gelagat Anak Che Puan Sarimah Ibrahim Jadi ‘Stylist’ Curi Tumpuan Ramai!

2 weeks ago 28

Sebut sahaja nama Che Puan Sarimah Ibrahim, pasti ramai yang terbayang seorang pelakon yang jelita, menawan dan berbakat. Sarimah Ibrahim bukan sahaja pandai berlakon, dia juga merupakan seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Kini Kau Tiasa’ suatu ketika dahulu.

Selain itu, walaupun kini Sarimah Ibrahim telah memasuki usia 40-an, namun kecantikkannya semakin terserlah dan ramai yang terpesona melihatnya menjaga penampilannya sehingga ke hari ini.

‘Comelnyaaa, Dia Tahu Tak Mak Dia Pelakon Popular Tu Hahahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Puan Sarimah Ibrahim yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 619 ribu, tanda suka sebanyak 27 ribu dan sebanyak 750 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan anak perempuan kepada Che Puan Sarimah Ibrahim yang berlakon menjadi ‘Stylist’ untuknya itu.

@thesarimah

Nahhhhh ☄️ bersaralah semua stylist kat Msia!! 😭😂💫👍🏻 Mummy jadi mangsa kena scam teruk Kat salon ni. 🥶😭 Lagi satu.. SIAPA husband dia woi?!! 😨 #apakah Tunku Sofia decided she was tired with her ‘husband’ 👀 sleeping all day, she even has clips to help people eat better. TIBER ❤️❤️❤️🥰👍🏻👍🏻 #makdananak #mummydaughter #makeuрtutorial #stylistmalaysia #sofianajihah #thenadzimuddins #sarimahibrahim @Epie Temerloh

♬ original sound – Sarimah Ibrahim – Sarimah Ibrahim

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Anak Che Puan Sarimah Ibrahim itu merupakan seorang kanak-kanak yang bijak dan petah berkata-kata sehingga membuatkan ramai yang terhibur dengan telatahnya itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |