Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mencuri perhatian pengunjung Pestapora 2025 di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. Dalam persembahannya, Siti Nurhaliza telah mempersembahkan beberapa buah lagu hitnya termasuklah lagunya yang menjadi popular di Indonesia iaitu ‘Bukan Cinta Biasa’.
Walaupun ramai peminat sanggup berpanas demi persembahannya itu, namun ada momen istimewa yang menjadikan persembahan Siti Nurhaliza itu lebih istimewa dan tidak dapat dilupakan oleh pengunjung Pestapora 2025.
@trinityoptimapDuetnya dadakan, tapi hasilnya ga kaleng-kaleng! 😍 🎤🎶 #Afgan #SitiNurhaliza #Pestapora
♬ original sound – Trinity Optima Production – Trinity Optima Production
Di tengah-tengah persembahan lagu ‘Bukan Cinta Biasa’, Biduanita Negara itu telah menyapa penyanyi Afgan yang sedang menonton persembahannya dari kawasan pit media. Dan tanpa dijangka, beliau telah mempelawa Afgan secara spontan untuk naik ke pentas dan berduet dengannya.
Bagi Afgan pula, penyanyi Indonesia ini kelihatan sangat terkejut tetapi bersemangat dan tidak menolak pelawaan Biduanita Negara itu. Afgan dengan pantasnya terus bergegas naik ke pentas untuk bernyanyi bersama.
@fajarbolipiaDi tengah penampilannya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ajak Afgan untuk berduet lagu “Bukan Cinta Biasa” (rilis 2003) di atas panggung Pestapora hari ketiga (07/09). Jelang lagu ini dibawakan, Diva Pop asal Malaysia ini memberi kisi-kisi kepada penonton bahwa lagu yang akan ia bawakan memiliki kesamaan judul dengan yang dimiliki penyanyi asal Indonesia. Tak disangka, Afgan yang memiliki lagu berjudul sama (rilis 2009) turut dihadirkan di atas panggung. Sontak riuh penonton bersahutan bersatu dengan lantunan suara indah @Siti Nurhaliza & @Afgan #SitiNurhaliza #Afgan #BukanCintaBiasa #Pestapora #fyp
♬ original sound – Boli – Boli
Duet tidak dijangka itu telah mendapat tepukan gemuruh dan sorakan daripada pengunjung Pestapora 2025. Manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza pula mendedahkan bahawa dia akan mengalami masalah tidur selepas berduet dengan Afgan.
“Saya sangat gembira. Pasti saya tidak akan tidur malam ini.”
@airellrezellNot Afgan vibing to Nirmala tho. But refreshing to see this side of him at Pestapora 🤣
♬ original sound – Airell Rezell – Airell Rezell
Sebelum itu, beberapa video Afgan telah tular apabila penyanyi Indonesia ini sepertinya menikmati nyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dari kawasan pit media. Bukan itu sahaja, beberapa pengguna media sosial turut teruja melihat Afgan menari ketika Biduanita Negara itu menyampaikan lagu ‘Nirmala’.
“Apabila ‘Nirmala’ dinyanyikan, ramai orang menari dan menghayati persembahan itu. Afgan pula nampaknya jadi salah satu fanboy”, tulis @BAD_ARSILA.
“Curiga dia siti zoners”, komen @sheis_jackey99.
“Dia dugem kan nirmala ke hahaha”, komen @wawanyhashimmm.
“Maybe dia one of siti zoner sebenarnya hahahaha”, komen @beyybellz.
Sekadar info, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membawakan sebanyak 11 lagu untuk persembahan yang berdurasi satu jam itu di Pestapora 2025 yang diadakan di Jakarta, Indonesia.

2 months ago
59


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


