[VIDEO] Beg Birkin Siti Nurhaliza Curi Perhatian Netizen!-“Wah First Time Tengok Tokti Pakai”

7 hours ago 3

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Tokti Kalau Tengah Meeting Pasal Kerja Memang Serious”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @wan.mus yang peroleh perhatian ramai. video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 112 ribu, tanda suka sebayak 1,959 dan sebanyak 71 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti bersama suaminya yang berada di dalam bilik meeting bersama beberapa individu yang lain. Namun yang menarik perhatian adalah apabila Tokti memegang beg tangan berjenama miliknya itu.

@wan.mus

Alhamdulillah mereka setuju🤲🏼 . . #wanmus #fyp

♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa ini adalah pertama kali melihat Tokti membawa beg jenama tersebut oleh kerana menghadiri meeting bersama individu yang penting.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |