[VIDEO] “Banyak Pengkhianatan, Mungkin Mereka Bukan Yang Terbaik Untuk Saya”- Fazura

6 hours ago 6

Sering disoal mengenai hubungan persahabatan yang menjadi semakin renggang dengan rakan-rakan lama, pelakon dan usahawan Fazura tampil membuka mulut menerusi siaran langsung yang dibuatnya baru-baru ini.

Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, secara peribadinya mengaku bahawa dia tidak pernah inginkan situasi perbalahan atau kehilangan kawan dalam hidupnya.

“Apa yang saya boleh cakap, tak ada manusia pun dalam dunia ni nak hilang kawan. Macam siapa yang mengenali saya, saya memang suka suasana beramai-ramai, tengok kawan-kawan berkumpul dan bergelak ketawa dan sebagainya. Tak ada orang berkawan untuk bergaduh. Semua nak berkawan sampai bila-bila tapi kita tak tahu hati orang. Mungkin ada yang Allah nak tunjukkan sesuatu.”

Dalam siaran langsung yang sama, Fazura turut mendedahkan punca sebenar mengapa hubungan persahabatannya dengan beberapa rakan lama menjadi renggang.

“Tapi di saat titik terendah saya selama sembilan bulan ini terutamanya bulan terawal bila berlaku pada diri saya, hilang (kawan). Mereka hilang, siapa yang saya sokong dan sayang macam adik sendiri pun tak ada. Tiada yang cari saya, mesej ringkas pun tak ada. Patutnya mereka inilah yang sentiasa ada untuk saya kan, tapi itulah semua lari tak ada.”

@fazura.sharifuddi2

Kawan2 Yang Menjauh & Tidak Lagi Bersama Itu Berkat Doa Faz Yang Dimakbulkan #fazura #fyp #fypage #foryou #foryoupage

♬ original sound – Fazura Sharifuddin – Fazura Sharifuddin

Fazura turut akui bahawa situasi itu membuatkan dirinya menjadi sedih dan memilih untuk mengecilkan kelompok rakan rapatnya.

“Ada banyak pengkhianatan. Sebagai manusia biasa saya sedih dan kecewa tapi saya percaya mungkin itu adalah kerana doa-doa yang dimakbulkan oleh Allah. Mungkin mereka bukan yang terbaik untuk saya. Siapa yang ada sekarang memang susah senang sama-sama.”

Pelakon dan juga ibu tunggal itu turut beranggapan bahawa situasi tersebut mungkin jawapan kepada doanya sebelum ini, iaitu meminta untuk dijauhkan daripada individu yang tidak baik untuk dirinya.

Apa pendapat kamu?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |