Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan gelagat anak perempuan Bella Astillah iaitu Ara Adreanna yang lincah menari di hadapan menara Eiffel, Perancis mencuri perhatian netizen.
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Bella sempat berseloroh meminta pendapat netizen adakah Ara layak untuk menyertai program realiti bualan ramai, Talk To My Manager.
“Rasa-rasa Ara boleh join Talk To My Manager tak 🤔.”-kapsyen Bella Astillah di TikTok
@bellaastillah_94Part 2 🥰 rasa rasa Ara boleh join talk to my manager tak 🤔
“Kalau Comel Macam Ni Tak Sampai Hati Nak Singkirkan…”

Perkongsian Bella dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya teruja melihat Ara Adreanna yang sangat berbakat dan lincah menari, malah ada yang berpendapat bakat seni telah mengalir dalam diri anak pelakon dan penyanyi jelita ini.
“Bakat seni Bella menurun ke Ara.”
“Masukkan dia kat Permata Seni Tari please.”
“Ara dah menang tanpa bertanding 😂❤.”
“Ara tolong jangan besar ye. Biar comel macam ni selamanya.”
“Ara bolehh ramai fans Ara nie 🥰😍.”
“Kalau comel macam ni tak sampai hati nak singkirkan. Kekal sampai final 🥰.”
“Bila dah besar ni, tengoklah, jadi anak yang berbakat besar mengalahkan mummy-nya di kemudian hari.”
“Ara macam mak dia, wanita luar biasa.”
Sekadar info, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.
Namun, mereka sekali berpisah selepas Aliff melafazkan cerai talak satu pada 13 Jun 2024 selepas kecoh kontroversi Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac 2024 lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, dan Ara Adreanna.

2 months ago
63


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


