Siapa yang tidak kenal dengan Ibu kepada usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Bonda Rozita Ibrahim. Bonda Rozita terkenal dengan jamu-jamunya yang berasaskan dari bahan semulajadi. Dengan minatnya itu, dia mengubah nasib keluarganya sehingga menjadi salah satu keluarga usahawan yang berjaya di Malaysia.
Selain itu, anaknya Noor Hayati dan AlifF Syukri juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan. Datuk Seri Aliff Syukri terkenal kerana sering memuat naik video yang kadangkala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.
“Dengan Anak Sulung Janganlah Buat main, Anak Sulung Ni Lah Diary Mak Ayah”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @honey1980_3 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 593 ribu, tanda suka sebanyak 21 ribu dan sebanyak 509 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Yatie Kamarzaman yang menceritakan mengenai isu yang dialami keluarganya itu terutamanya mengenai adik beradiknya yang masih kecil.
@honey1980_3Bila kak long yang bersuara bagi nasihat dekat adik adik, positive betul🥰 suka tengok kak yatie🥰💕 Ni live haritu tau, sempat record sebab masa tu view tinggi😀 yatiesendayutinggi. kaklong. positivevibes. nasihatkehidupan. #siblinggoals
♬ original sound – Honeymadu – Honeymadu
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka faham mengapa adik beradik semua memilih untuk duduk bersama ayah mereka kerana ibu bekerja keras untuk membantu ekonomi keluarga.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.