Penyanyi, Aepul Roza tampil dengan sebuah lagu berjudul ‘Aku Yang Salah’ selepas dirinya didakwa mirip wajah seorang wanita yang tular di media sosial kerana ‘kantoi curang’ di sebuah klinik kesihatan.
Sempat Hasilkan ‘Parodi Curang’
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Aepul atau Noor Syaiful Mohd Zalaludin dilihat sempat melakukan ‘parodi’ bersama salah seorang ahli kumpulannya, DRAMA Band yang melakonkan semula babak curang tersebut.
“Siapa yang minta lagu tadi tu?.”-kapsyen Aepul Roza di TikTok
@aepulrozaSiapa yang minta lagu tadi tu? #AkuYangSalah @DramabandMY
♬ original sound – Aepul Roza – Aepul Roza
“Aku Agak Dah Mesti Ada Lagu Dia Akan Buat…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa terhibur melihat parodi Aepul, malah ramai yang memuji vokalis Drama Band ini yang sangat berbakat menghasilkan lagu berdasarkan kisah yang tular di media sosial.
“Aku agak dah mesti ada lagu dia akan buat 😂😂.”
“Serius lah lagu dah siap. Ni memang ‘genre’ Aepul atau Drama Band, lagu keluar lepas ‘kes’ viral.”
“Memang aku tunggu lagu baru ni keluar, tapi tu lah aku ingatkan ada lirik ‘kau tanya husband kau’.”
“Ikut ko lah bang-bang drama 😂.”
“Aku expect dia akan buat lagu macam kes alip ajis dulu, rupa-rupanya genre macam ni. Fuhh sedap pulak dengar, lama dah Aepul tak keluar lagu genre galau gini. Tak sabar weyh. Cepat sikit release mv.”
“Jangan sampai dia buat lagu kau tanya husband kau, kau tanya husband kau.”
Sebelum ini, pernah tular satu video yang memaparkan seorang wanita yang menerjah suaminya yang menemani seorang wanita sedang mengambil ubat di sebuah klinik kesihatan.
Tindakan wanita tersebut yang cuba melarikan dari si isteri mengundang pelbagai reaksi netizen selepas ‘kantoi’ bahunya cuba dipaut dengan mesra oleh lelaki tersebut.
Apa komen anda?

2 months ago
43


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


