Sejak Kelmarin, Makam Pahlawan Negara menjadi bualan ramai susulan pemergian mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tokoh yang dikenali ramai sebagai Pak Lah telah menghembuskan nafas terakhir di institut Jantung Negara (IJN) pada usia 85 tahun.
Makam Pahlawan adalah sebuah tempat perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara sebagai tempat khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa hidup mereka. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.
@aldimenggodaoeyallhumma firlahu..
Di katakan bahawa Makam Pahlawan ini hanya mempunyai 7 tempat sahaja didalamnya namun hanya tinggal sisa 2 kekosongan lagi yang dikhaskan buat tokoh yang dihormati ramai yang masih hidup serta berjasa membangunkan negara Malaysia.
Di dalam video tersebut juga, ramai rakyat yang meninggalkan komen bahawa 2 kekosongan makam tersebut telah dikhaskan buat tokoh yang masih hidup dan yang paling banyak berjasa membangunkan negara. Antara nama yang paling banyak disebut oleh mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Mereka juga menyifatkan bahawa kekosongan tempat tersebut adalah untuk dua individu yang disebut mereka kerana paling banyak berjasa bagi membangunkan ekonomi dan mengukuhkan kedudukan negara.
Berikut ialah senarai pahlawan negara yang dikebumikan di Makam Pahlawan antaranya:-
- Tun Dr. Ismail Abdul Rahman – Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-1 (meninggal dunia pada tahun 1973)
- Tun Abdul Razak Hussein – Perdana Menteri Malaysia ke-2 (meninggal dunia pada tahun 1976)
- Tun Hussein Onn – Perdana Menteri Malaysia ke-3 (meninggal dunia pada tahun 1990)
- Tun Abdul Ghafar Baba – Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-6 (meninggal dunia pada tahun 2006)
- Tun Abdullah Ahmad Badawi – Perdana Menteri Malaysia ke-5 (meninggal dunia pada tahun 2025)
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah Pulang ke rahmatullah.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.