Peruncit pakaian global, UNIQLO baru sahaja memperkenalkan koleksi baharu linen bagi Musim Bunga/ Musim Panas 2025, mentakrif semula pemakaian cuaca panas dengan helaian yang boleh bernafas dan serba boleh, direka untuk keselesaan sepanjang hari.
Koleksi ini menampilkan tiga kain linen yang berbeza, yang mana masing-masing direka untuk memberikan keseimbangan sempurna antara gaya dan keselesaan.
Premium Linen
Dihasilkan daripada 100% flax Eropah, fabrik ini menawarkan warna-warna yang kaya, sentuhan yang segar, dan kemasan yang licin melalui penapisan gentian. Ia menyerap kelembapan dan mengering dengan cepat, menjadikannya sesuai untuk iklim panas atau lembap.
Direka untuk serba boleh, ia bertransisi dengan mudah dari musim bunga ke musim luruh dan menjadi lebih lembut dari masa ke masa untuk keselesaan yang lebih baik.
Linen Blend
Campuran linen dengan fabrik seperti rayon, menghasilkan rasa yang lebih licin dangan gaya semula jadi yang anggun dan penampilan yang kemas. Ia bergerak dengan mudah mengikut si pemakai, menggabung keselesaan kasual dengan gaya yang elegan.
Cotton Linen
Gabungan kapas lembut dan rasa ringan linen untuk keselesaan dan kesegaran sepanjang hari. Keseimbangan semula jadi antara kelembutan dan serba boleh menjadikannya ideal untuk suasana kasual, mencipta estetik santai dan mudah untuk pemakaian harian yang sempurna.
Bagi meraikan pelancaran ini, UNIQLO telah menganjurkan acara eksklusif di Botanica+Co di Bamboo Hills, di mana tetamu dapat meneroka kepelbagaian koleksi ini melalui mix-and-match styling showcase.
Penyokong jenama (brand advocate) pertama UNIQLO Malaysia, Daiyan Trisha turut hadir membuat penampilan istimewa, serta berkongsi tips mengenai pemakaian dan penjagaan linen untuk mengekalkan keanggunan dan fungsinya.
Untuk maklumat lanjut koleksi linen, anda boleh melayari di laman web UNIQLO.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.