Kalian bayangkan, impian untuk jejakkan kaki ke Tanah Suci tanpa keluarkan sesen pun akhirnya jadi realiti buat 15 orang asnaf terpilih yang menyertai rombongan ke-4 program Umrah 1,000 Asnaf anjuran Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com).
Program penuh makna ini diadakan bersempena ulang tahun kelima ikhlas.com dengan matlamat memperkasa komuniti setempat serta membantu golongan asnaf menunaikan ibadah umrah.
Rombongan Ke-4 Penuh Inspirasi
Kumpulan bertuah ini berlepas dari KLIA2 baru-baru ini dengan pakej Super Economy, pakej paling laris dan popular ikhlas.com, bernilai serendah RM4,990. Menariknya, para jemaah terdiri daripada pelbagai lapisan usia antara 20-an hingga 70-an, merangkumi negeri Pahang, Sabah dan Kelantan.

Rombongan ini diketua oleh mutawwif berpengalaman, Ustaz Syed Zainal, yang membimbing para jemaah sepanjang perjalanan suci mereka.

Warga Borneo Pun Ada!
Antara wajah gembira yang turut serta ialah beberapa jemaah dari Borneo. Mereka jelas terharu apabila impian yang sekian lama terpendam akhirnya tercapai dengan tajaan penuh Ikhlas.

Kisah Abang Roy Menyentuh Hati
Seorang jemaah dari Kuantan, Pahang, Muhammad Rifaie Bin Zafrullah, atau lebih mesra disapa Abang Roy, berkongsi rasa syukur:
“Saya tidak menyangka dapat peluang ini, saya tidak membawa wang walau sesen pun ke sini kerana percaya semua telah diatur Allah. Terima kasih kepada Ikhlas kerana merealisasikan impian kami.”

Ikhlas Terus Komited
Program Umrah 1,000 Asnaf ini bukan sahaja meraikan ulang tahun ikhlas.com, malah menjadi bukti keprihatinan mereka dalam mencari dan membantu asnaf yang benar-benar layak. Ia diharapkan dapat memberi inspirasi kepada ramai pihak lain untuk sama-sama menyumbang kepada masyarakat.
Semoga perjalanan 15 asnaf bertuah ini menjadi pembuka jalan rezeki dan keberkatan buat mereka dan seluruh komuniti.

2 months ago
56


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


