Terlalu Obses Hingga Mengaku “Isteri” Shahid Kapoor, Aktres Ini Dikenakan Tindakan Undang-Undang

5 days ago 22

Ramai yang setuju bahawa Shahid Kapoor adalah salah seorang aktor yang paling berbakat dan tampan dalam industri Bollywood. Dan tak dinafikan juga, dia mempunyai ramai pengikut terutamanya wanita di seluruh negara.

Namun begitu, ada satu kejadian di mana dia telah diintai oleh seorang peminat wanita, yang bukannya orang biasa tetapi anak kepada pelakon lagenda Bollywood iaitu Raaj Kumar.

Foto – Times of India / IMDb

Menurut laporan, Shahid dan anak perempuan Raaj, Vastavikta Pandit telah bertemu semasa kelas tarian SHiamak Davar. Bagi Vastavikta, Shahid adalah cinta pandang pertamanya.

Walaupun Shahid tidak pernah membalas perasaannya, dia tetap mengikuti aktor itu ke mana sahaja, termasuklah ke set penggambaran sehinggalah duduk di atas bonet kereta di rumahnya.

Foto – Times of India / Save Daugthers

Apa yang lebih menakutkan Shahid, Vastavikta telah berpindah ke rumah sebelahnya dan mula memperkenalkan dirinya sebagai isteri. Tidak tahan dengan gangguannya, Shahid berusaha untuk menjauhkan diri daripada situasi itu tetapi obsesi Vastavikta semakin berterusan.

Tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti, Shahid akhirnya terpaksa meminta membuat aduan polis untuk menamatkan gangguan itu.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |