Pelakon Bollywood terkenal, Salman Khan sekali lagi mendapati dirinya menjadi sasaran ancaman bunuh. Insiden terbaru berlaku baru-baru ini, apabila seorang individu tidak dikenali menghantar mesej WhatsApp yang agak menyeramkan kepada Jabatan Pengangkutan Mumbai di Worli.
Sumber terdekat mendedahkan mesej itu mengandungi ugutan untuk membunuh pelakon itu di dalam kediamannya dan juga termasuk amaran kemungkinan pengeboman kereta.

Sebagai tindak balas kepada ancaman serius ini, Balai Polis Worli telah mendaftarkan kes terhadap seorang inidvidu yang tidak dikenali. Pegawai sedang menyiasat dengan teliti asal usul dan keasliannya ancaman itu.

Untuk pengetahuan kamu, ini bukan kali pertama Salman berdepan dengan ancaman sebegitu. Sejak beberapa tahun lalu, dia telah menerima pelbagai ancaman bunuh, termasuklah daripada individu yang mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan kumpulan Lawrence Bishnoi yang terkenal.

Kumpulan tersebut dipercayai menyasarkan Salman kerana didakwa terlibat dalam kes pemburuan haram blacbuck pada 1998.
Ancaman tersebut berulang sehingga ke tahun ini, membuatkan ramai yang bimbang dengan keselamatan Salman.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.