Pelakon jelita, Sophia Albarakbah akui berasa tenteram setelah membuat laporan polis berhubung isu buli siber dan gangguan seksual yang dialaminya sejak akhir-akhir ini.
Berkongsi mengenai perkembangan kes, Sophia atau Sharifah Sphia Syed Abdul Rahman ketika ditemui Murai My, menyatakan bahawa dia bakal ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
“Saya sudah membuat laporan polis, minggu depan saya akan ke pejabat SKMM. Sekarang saya berasa lega sedikit .
Saya buat laporan polis ini bukan untuk diri saya sahaja, namun untuk semua orang lebih-lebih rakan selebriti, yang saya rasa golongan ini sering menjadi mangsa buli siber.-“kata Sophia
Buli Siber Bukan Perkara Yang Harus Dipandang Ringan
Tegas Sophia, isu buli siber bukanlah satu perkara yang harus diambil ringan oleh semua orang kerana ia turut boleh menyebabkan kematian.
“Bagi saya ia satu perkara yang tak patut dinormalisasikan. Ada yang cakap ‘biasa la’. Buli siber adalah tidak normal. Ia bukan sesuatu yang kita patut ambil ringan sebab buli boleh menyebabkan kematian.”-tegas Sophia Albarakbah
Terharu Dengan Sokongan Peminat & Rakan Artis
Dalam pada itu, Sophia turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak termasuklah peminat dan ramai rakan artis yang memberikan sokongan serta mengambil berat terhadap isu buli siber yang dialaminya.
“Kepada semua rakan artis dan peminat yang menyokong saya, semua orang yang mengambil berat mengenai saya, saya mahu mengucapkan berterima kasih banyak-banyak.”-titip Sophia lagi
Sophia Albarakbah sebelum ini berkongsi beberapa tangkap layar DM (Direct Message) berbaur fitnah, luc*h, penghinaan serta ugutan di media sosial.
Tidak bermaksud untuk memalukan orang ramai, Sophia menyatakan bahawa setiap perkataan yang dilemparkan telah memberikan kesan kepada emosi selain merosakkan imejnya sebagai wanita dan juga seorang manusia.