Sebelum ini pelakon Fadlan Hazim mencuri perhatian ramai apabila meluahkan rasa kecewa dan penat selepas bertahun-tahun mencuba mencari tempat dalam industri lakonan.
Luah Kecewa Setelah Bertahun Mencuba
Dalam satu perkongsian menyentuh hati di Instagram, Fadlan mengaku dia berasa seolah-olah tidak dihargai walaupun sudah mencurahkan sepenuh masa, tenaga dan jiwa untuk bidang seni.
Saya penat.
Bertahun-tahun ditolak, rasa macam berlakon dalam gelap.
Saya bukan nak simpati, cuma nak jujur pada diri dan pada sesiapa yang pernah rasa tak wujud.
Berehat atau Undur Diri Selamanya?
via Instagram Fadlan HazimFadlan turut memaklumkan bahawa dia memilih untuk berehat seketika daripada dunia lakonan.
Namun, pelakon ini tidak menolak kemungkinan untuk undur diri buat selama-lamanya, bergantung kepada bagaimana perasaannya kelak.
Dia mengakui berjuang dalam bidang seni bukan sesuatu yang mudah dan kadangkala membuatkan dirinya hilang arah.
Saya tak pasti sama ada berehat sekejap atau selamanya.
Tapi saya tahu saya dah penat berjuang untuk tempat yang sebenarnya tak pernah ada untuk saya
Walaupun dilanda kecewa, Fadlan tetap bangga dengan perjalanan seninya dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang percaya pada bakatnya, walaupun secara diam-diam.
Rakan Artis Tampil Beri Sokongan
Keputusan Fadlan ini nyata mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis, Shukri Yahaya.
Dalam satu kenyataan, Shukri menyifatkan Fadlan sebagai pelakon yang berbakat besar dan memiliki keunikan tersendiri.
Jangan putus asa. Dia pelakon yang rare.
Saya tak nampak apa kekurangan dia, cuma mungkin cabaran yang dia hadapi itu kita tak tahu.
Apa pun, kita kena hormat keputusan dia.
Sokongan padu daripada rakan-rakan dan peminat diharap dapat meniup semangat buat Fadlan agar kembali bangkit dan tidak terus meninggalkan dunia seni yang penuh cabaran namun juga penuh penghargaan.

2 months ago
49


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


