Shiha Zikir Teruja Jadi Duta SFJ Group, Mahu Buang Stigma Negatif Terhadap Wanita

8 hours ago 6

Kalau sebut nama Shiha Zikir, ramai kenal dia sebagai penyanyi versatil dengan suara yang mantap dan karier seni yang konsisten. Tapi MURAI nak cerita, Shiha sebenarnya bukan saja hebat di pentas nyanyian,  dia juga ligat dalam dunia perniagaan! Dari restoran sampailah ke sebuah syarikah produksi, Shiha dah buktikan dirinya mampu berdiri sendiri sebagai usahawan. Itulah yang buat dia lain daripada artis biasa; Shiha ada semangat berdikari dan disiplin tinggi yang menjadikan dirinya inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.

SFJ Group Sdn Bhd, syarikat pengilang produk penjagaan kulit dan kosmetik yang berpangkalan di Sabah, kini semakin mengukuhkan kedudukan dengan membuka cawangan pejabat urusan dan gudang di Sepang, Selangor. Langkah ini dibuat kerana 90 peratus klien mereka berada di Semenanjung Malaysia. Dengan adanya gudang di sini, kos penghantaran dapat dikurangkan, stok lebih cepat sampai dan pelanggan pula bakal nikmati penghantaran percuma.

Dalam masa sama, SFJ Group turut melantik Shiha sebagai duta rasmi mereka. Menurut pihak syarikat, Shiha dipilih kerana personalitinya yang berdikari, berdisiplin dan penuh inspirasi seiring dengan misi SFJ Group yang mahu melahirkan lebih ramai usahawan berjaya, khususnya wanita.

Shiha sendiri mengakui sangat terharu dengan pelantikan ini. Baginya, peluang itu bukan sekadar menaikkan imej SFJ Group, tetapi lebih kepada memberi inspirasi kepada golongan wanita agar berani melangkah ke dunia perniagaan.

“Shiha sangat bersyukur diberi peluang ini. Saya mahu gunakan platform ini untuk menyokong kaum hawa dalam berbisnes. Jangan takut keluar dari zon selesa kerana SFJ Group tawarkan pakej yang berpatutan. Insya-Allah ramai mampu jadi pengasas produk sendiri,” katanya penuh semangat.

Lebih tegas, Shiha turut menepis stigma terhadap wanita yang sering dipandang serong dalam dunia kerjaya dan bisnes. Katanya,

“Kita selalu dengar stigma yang mengatakan wanita tak boleh buat itu dan ini. Malah ada yang beranggapan wanita hanya sesuai kahwin awal dan tak boleh berniaga. Sebenarnya kita kena buktikan bahawa wanita juga mampu ada kerjaya dan berjaya demi diri sendiri.”

Tambah Shiha lagi, kejayaan bukan hanya milik lelaki, malah wanita juga mampu berdiri sama tinggi dan bergelar usahawan berjaya. Katanya, dia berharap kerjasama bersama SFJ Group akan menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai pengasas produk tempatan yang berani mencuba.

Kalau MURAI simpulkan, langkah SFJ Group membuka cawangan di Semenanjung bukan sekadar strategi bisnes, tetapi juga platform untuk membantu lebih ramai wanita bangkit menjadi usahawan. Shiha Zikir pula sebagai wajah rasmi jenama ini memang satu pilihan tepat, gabungan kredibiliti, aura positif dan inspirasi untuk semua.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |