Pelakon dan usahawan, Saharul Ridzwan membuat perkongsian bersama pengikutnya di media sosial ketika dia sekeluarga menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah, baru-baru ini.
Kongsi Saharul Ridzwan di TikTok, dia dan isteri merasakan seolah-olah ibadah Umrah kali ini tidak sempurna seperti yang diharapkan kerana banyak menguruskan anak-anak ketika beribadah. Malah, dalam fikiran juga turut terfikir jika anak-anak mereka tertinggal ketika di Tanah Suci Mekah.
“Kita banyak uruskan anak-anak. Tawaf pun dukung anak, sibuk fikirkan anak-anak tertinggal, macam-macam lagi.
Aku diam. Sebab sebenarnya aku pun rasa benda yang sama. Ada sekelumit gusar, seolah-olah ibadah ini tak sesempurna yang aku harapkan.”-kongsi Saharul Ridzwan
“Bila Sabar Dengan Kerenah Mereka, Itu Pahala…”
Walaubagaimanapun, dia akui bahawa ibadah bukanlah mengenai rasa. Malah ibadah dalam Islam adalah kehambaan yang sebenar.
“Aku duduk berhadapan Kaabah. Lama aku pandang. Dan akhirnya aku terlihat seorang ayah memegang isteri dan mendukung anak. Isterinya pun sama, dukung anak dan sebelah tangan lagi memegang anak yang lain.
Hakikat ibadah adalah penyerahan. Bila dukung anak dalam tawaf, itu ibadah. Bila sabar dengan kerenah mereka, itu pahala. Bila senyum dalam letih, itu latihan jiwa. Semua itu, kalau aku pandang dengan mata rohani, semuanya kembali kepada Allah.
Rupanya ibadah ini bukan semata-mata mencari penghayatan perasaan. Kalau ibadah hanya dinilai pada ‘rasa’, maka ia tak ubah seperti ritual agama lain yang penuh susah payah zahir, tapi kosong daripada hakikat.”-kongsi Saharul Ridzwan lagi
Sekadar info, Saharul Ridzwan mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada September 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, Fateema Azzahara, dan Khadijah Alkubraa.

2 months ago
46



















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


