Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito Bakal Gegarkan Pentas Idea Live Arena KL Disember Ini

2 days ago 12

Tiga artis ternama Indonesia iaitu Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito bakal menggegarkan pentas dengan sebuah konsert hebat yang bakal berlangsung pada 14 Disember 2025 ini di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

Tiga artis ternama Indonesia iaitu Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito bakal menggegarkan pentas dengan sebuah konsert hebat yang bakal berlangsung pada 14 Disember 2025 ini di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

Dibawakan buat julung kalinya oleh Strategy X Entertainment Sdn. Bhd, ketiga-tiga bintang ini akan berkongsi pentas di Malaysia dalam sebuah persembahan eksklusif yang dijangka menarik perhatian ribuan peminat, terutamanya peminat Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito.

“Sesuai dengan namanya, konsert ini merupakan sebuah malam istimewa yang menyatukan tiga penyanyi dengan identiti sendiri. Setiap daripada mereka membawa keunikan suara, karakter muzik serta emosi yang berbeza.”-kata pihak penganjur

Penonton Akan Terpesona Dengan Persembahan Nyanyian Lebih Dua Jam

Pada konsert itu nanti, penonton akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian lebih dua jam. Percayalah, anda akan terbuai dan terpesona dengan kelunakan vokal ketiga-tiga penyanyi hebat ini. Terbahagi kepada beberapa segmen istimewa, setiap artis mempunyai segmen persembahan solo, di mana mereka membawakan lagu-lagu hits masing-masing.

Selain itu, terdapat juga segmen duet serta persembahan kolaborasi khas yang hanya boleh disaksikan pada malam konsert. Secara keseluruhannya, penonton akan dihiburkan dengan lebih daripada 20 buah lagu yang dipilih secara teliti bagi memastikan penonton melalui perjalanan emosi yang menepati konsep ‘Malam 3 Suara’.

Berikut ialah butiran kategori tempat duduk dan harga tiket untuk Konsert ‘Malam 3 Suara’ di Idea LIVE Arena, Kuala Lumpur.

Anda turut boleh membuat pembelian tiket bermula 12 September 2025 di laman Ticket2u.

Ground Floor (Bawah)
Malam Rawan – RM448
Hingga Tua Bersama – RM388
Rumah Singgah – RM298
Cara Mencintaimu – RM228
Tak Segampang Itu – RM188

Upper Floor (Atas)
Kesempurnaan Cinta – RM338
Bertahan Terluka – RM288
Tanpa Rasa Bersalah – RM268
Makna Cinta – RM318

📌 Nota: Harga tidak termasuk caj pemprosesan dan yuran tiket. Pelan tempat duduk ini tidak berskala dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Jangan lepaskan peluang!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |