Francais Polis Evo meraikan ulang tahunnya yang ke-10, menandakan satu dekad kejayaan dalam dunia filem Malaysia.
10 Tahun Kejayaan Francais Aksi Malaysia
via Astro ShawBermula pada tahun 2015, francais ini telah menetapkan standard baharu bagi filem aksi tempatan menerusi penceritaan mantap, visual berkualiti tinggi, serta strategi pemasaran yang berkesan.
Tiga filem Polis Evo bukan sahaja mencatat kutipan box office memberangsangkan – RM17.8 juta (2015), RM22.45 juta (2018) dan RM54 juta (2023) – malah menjadi antara naskhah paling berjaya dalam sejarah perfileman negara.
Ulang tahun ini diraikan melalui acara istimewa ‘Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun’ di TGV Cinemas, menghimpunkan semua pelakon dan tenaga produksi daripada ketiga-tiga sekuel filem.
Meraikan Legasi & Mencorak Masa Depan
via Astro ShawAcara ulang tahun ini bukan sahaja mengenang pencapaian lalu, tetapi turut menjadi platform melancarkan fasa baharu francais ini.
Astro Shaw mengumumkan kesinambungan dunia Polis Evo menerusi siri premium Evo: Mat Yam di bawah Astro Originals.
Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, kejayaan ini tidak mungkin dikecapi tanpa sokongan peminat dan semua pihak yang terlibat sepanjang dekad lalu.
Francais ini juga membuka ruang kepada bakat baharu seperti Joel Soh dan Anwari Ashraf, yang kini menjadi nama besar dalam industri.
Watak seperti Inspektor Khai dan Sani telah menjadi ikon budaya pop dan membawa impak besar dalam perkembangan karier pelakon tempatan.
Kopi WONDA & Pengalaman Eksklusif Peminat
via Astro ShawDikuasakan oleh Kopi WONDA, Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun turut memberi peluang kepada peminat untuk merasai pengalaman eksklusif bersama francais ini.
Antara tawaran menarik termasuk peluang muncul dalam filem Polis Evo seterusnya, sesi bertemu pelakon, barangan edisi terhad seperti jaket bomber eksklusif, serta pakej pembelian Kopi WONDA yang memberikan akses ke audisi dan barangan istimewa.
Peminat juga boleh membeli t-shirt eksklusif Polis Evo di Gempak Official Store di Shopee, bermula dari RM69.90.
Untuk info lanjut dan penyertaan, peminat boleh mengikuti media sosial Astro Shaw dengan tanda pagar #PolisEvo dan #PolisEvoWonda-Ful10.

2 months ago
53


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


