Pemandu Teksi Halau Juhi Chawla & Aamir Khan Kerana Alasan Ini…

4 days ago 28

Kesian dan malu ye bila kena halau…

Suatu ketika dahulu, Juhi Chawla ada berkongsi satu insiden yang tidak boleh dilupakan ketika dia dan Aamir Khan cuba mempromosikan filem blockbuster mereka iaitu, ‘Qayamat Se Qayamat Tak’ pada tahun 1998.

Dalam sebuah temu bual lama, Juhi mendedahkan bahawa masa itu popular dengan teksi Mumbai yang membawa poster filem untuk dipromosikan. Dia yang mengetahui hal itu, mengajak Aamir untuk pergi ke teksi dan membawa poster mereka.

Foto – X / Hindustan Times

Tidak mudah seperti disangka, Juhi memberitahu bahawa ramai pemandu teksi tidak mengenali mereka dan tidak mahu memberi peluang untuk pelakon baru mempromosikan hasil mereka. Apabila ditanya mengenai senarai pelakon filem itu, para pemandu teksi terus menghalau mereka berdua.

Foto – News 18

Sebagai alternatif, Juhi mendedahkan bahawa Aamir akan berdiri di luar panggung wayang untuk melihat bagaimana penonton menerima filem itu. Rata-rata yang menonton memberitahu mereka menyukai filem Juhi dan Aamir.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |