Shah Rukh Khan (SRK) merupakan pelakon Bollywood yang paling disayangi dan popular di seluruh negara. Namun adakah kamu tahu, SRK pernah berkongsi aspirasinya untuk menjadi bintang porno dan bukannya bintang Bollywood?
Jangan terkejut, ia adalah benar!

Sekitar tahun 2013, SRK pernah berkongsi mengenai ‘cita-citanya’ suatu ketika dahulu jika dia tidak menjadi pelakon Bollywood. Dalam salah satu temu bual lamanya, dia mendedahkan dirinya sentiasa mahu menjadi bintang porno.
“Saya sentiasa mahu menjadi bintang porno. Saya akan berusaha dengan segala kepositifan dan kejelasan untuk menjadi bintang porno.”

Apabila ditanya mengenai dari mana inspirasi cita-citanya itu datang, SRK memberitahu dia merupakan peminat Sylvester Stallkone, yang merupakan bintang porno sebelum menjadi pelakon Hollywood yang popular.
“Saya peminat terbesar Sylvester Stallone yang dulunya bintang porno sebelum menjadi pelakon Hollywood. Saya akan mengambil bendera saya dan memasangnya di Amerika selepas menjadi bintang porno terbesar di dunia.”
Nasib baik, kerjayanya sebagai pelakon Bollywood yang popular sehingga ke hari ini dapat ‘menguburkan’ impiannya menjadi bintang porno.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.