“Kalau M Baca Ni, Jaga Nora Baik-Baik Ya”- Hati Nora Danish ‘Dicuri’ Jejaka Berkopiah?

6 hours ago 4

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kehidupan peribadi aktres Nora Danish kembali menjadi tumpuan apabila munculnya spekulasi mendedahkan aktres itu sedang mengenal hati budi dengan seorang jejaka.

Perkara ini menjadi perbualan selepas Nora, atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, seperti memberi hint bahawa dirinya bakal memulakan bab baharu dalam hidupnya menerusi kongsian di Instagram.

Nora di Instagram, telah memuat naik beberapa keping gambar bagi merangkap keseluruhan bulan Ogosnya, termasuklah sekeping gambar jejaka berkopiah dan bercermin mata yang hanya mempamerkan sebahagian wajahnya sahaja.

Foto – @noradanish (IG)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial termasuklah rakan selebriti turut meninggalkan reaksi yang teruja dan turut bergembira dengan hint yang diberikan oleh Nora.

“All love! Ni kalau jadi Kak Nora. El jadi flower girl tau. Haha happy for you”, komen @elfiraloy.

“Kita kenal lelaki tu. Hehe satu industri dengan kita. Hehe Alhamdulillah. Happy for you. If “M” baca ni, jaga Nora baik-baik ya”, komen @azeanzea.

“You deserve all the happiness in this world sister”, komen @syaudatulafifah.

Tertanya-tanya dengan identiti jejaka berkopiah dalam gambar dikongsi oleh Nora, pengguna media sosial dengan pantasnya membuat carian untuk mengetahui siapakah jejaka tersebut. Berdasarkan komen di kongsian yang sama, jejaka tersebut didakwa seorang perunding kewangan yang dikenali sebagai Mickey Ayo.

Berdasarkan carian, Mickey Ayo dikatakan berstatus duda dan sudah pun mempunyai cahaya mata. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini Nora mahu pun Mickey tidak memberikan sebarang pengesahan mengenai spekulasi berikut.

Sekadar rekod, Nora Danish pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata, Putra Rayqal, sebelum bercerai pada 10 Julai 2008. Kemudian, Nora berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl sebelum bercerai pada 19 Jun 2024.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |