Anak lelaki kepada King of Bollywood, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan telah menceburi perniagaan minuman keras premium.
Berdasarkan beberapa laporan tempatan India, Aryan memaklumkan bahawa dia bersama dua rakan kongsinya, Bunty Singh dan Leti Blagoeva, bersepakat untuk membuka perniagaan ini selepas bertemu di Jerman.
Foto – The News InternationalUntuk menceburi perniagaan tersebut, Aryan memberitahu bahawa dia telah mengambil masa selama lima tahun untuk membangunkan konsep serta membina jenamanya iaitu D’YAVOL.
Selain daripada minuman keras, perniagaannya itu juga menjual produk pakaian dan aksesori premium.
Walau bagaimanapun, tindakan Aryan untuk membuka perniagaan minuman keras itu sedikit sebanyak mendapat kecaman orang ramai, terutamanya peminat Shah Rukh. Ini kerana mereka menganggap Aryan sebenarnya tidak menghormati bapanya yang beragama Islam.
Bukan itu sahaja, King of Bollywood tersebut turut dikecam apabila dia dilihat tidak menegur dan terlalu memberi kebebasan kepada anak-anaknya.
Untuk rekod, sebelum ini Shah Rukh Khan (beragama Islam) pernah memberitahu bahawa dia dan isterinya, Gauri Khan (beragama Hindu) tidak mengongkong serta memberi kebebasan kepada anak-anak mereka untuk membuat pilihan agama.
Malah dia juga pernah berkongsi hal agama anak perempuannya, Suhana Khan apabila dia perlu mengisi borang sekolah. Dia akui, ruangan agama di borang Suhana telah ditulis dengan ayat “tiada agama”.
Manakala Gauri pula pernah mendedahkan suatu ketika dahulu, Aryan memberitahu mahu menganut agama Islam seperti bapanya.
Untuk pengetahuan semua, D’YAVOL ialah jenama mewah yang diasaskan oleh Aryan Khan dan memiliki beribu pejabat di Amsterdam. Syarikat Aryan itu telah menjual segala-galana, daripada vodka hingga wiski.
Minuman keras Aryan, D’YAVOL Añejo dijual pada harga sekitar 20,000 rupee (RM 955.18) hingga 30,000 rupee (RM 1432.77).

2 months ago
45


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


