Tanpa sebarang petanda awal, ibu kepada pelakon popular Anna Jobling, iaitu Ariz Arop, membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa anaknya sendiri telah memfailkan perintah injunksi terhadap dirinya. Luahan penuh emosi itu dimuat naik menerusi InstaStory, diiringi rasa kecewa terhadap layanan yang diterima daripada anak yang dibesarkannya dengan penuh pengorbanan. Menurut Ariz, dia tidak gentar berdepan sebarang tindakan undang-undang, malah sanggup menerima hukuman penjara jika itu yang ditentukan, sambil menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT.

“Lelah seorang insan yang bernama ibu. Panggillah seramai peguam yang awak (Anna) nak, bagilah banyak mana injuksi yang awak mahu. Letaklah banyak mana gari awak nak letak, saya tak gentar. Saya sudah lalui berbagai onak duri dan bergadai nyawa nak besarkan awak. Kalau ini balasan awak, tak mengapa. Kalau saya kena masuk penjara pun, saya reda saja. Allah SWT ada, Allah Maha Adil,” tulisnya dalam nada penuh emosi.

Dalam hantaran yang sama, ibu kepada pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu turut memaparkan keadaan tangannya yang bengkak dan kemerahan selepas diketuk pada cermin pintu kenderaan yang dikunci dari dalam, dipercayai ketika cuba mendapatkan akses. “Tangan bengkak sebab tumbuk cermin kereta, saya jadi panik tiada pilihan. Allah ada, Allah tak tidur,” ujarnya, sambil memuat naik gambar dirinya sedang menangis di balai polis.

Hasil pemerhatian Kosmo! mendapati Anna Jobling tidak lagi mengikuti akaun Instagram ibunya, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa hubungan mereka kini berada dalam keadaan tegang. Perkembangan ini mengejutkan ramai memandangkan sebelum ini Anna sering memaparkan momen mesra bersama ibunya di media sosial, namun kini kemelut keluarga itu menjadi perhatian umum.

3 months ago
120


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


