Hampir Debut Di Filem Popular Bollywood, Aktor Ini ‘Caras’ Tempat Tom Cruise

4 hours ago 8

Adakah kamu tahu, Tom Cruise hampir membuat penampilan sulungnya di filem Bollywood suatu ketika dahulu?

Tom merupakan pilihan pertama pengarah Aditya Chopra dalam filem ‘Dilwale Dulhania Le Jayenge’ (DDLJ), tetapi akhirnya watak utama filem itu dilakonkan oleh Shah Rukh Khan (SRK).

Foto – NDTV

Pada awalnya, Aditya mahukan DDLJ menjadi sebuah kisah percintaan antara seorang lelaki Amerika dan seorang wanita India. Untuk menjayakan watak ‘Raj Malhotra’, Adiya membayangkan Tom melakonkan watak tersebut.

Manakala bapa Aditya, Yash Chopra pula memberitahu watak ‘Raj Malhotra’ itu sepatutnya dilakonkan oleh seorang lelaki India kerana ia menjadikan lebih dekat dengan masyarakat India.

Foto – Biography

Impiannya itu terpaksa dikuburkan selepas mengetahui Tom mengenakan bayaran yang terlalu tinggi iaitu $8 juta, yang akan mengambil hampir keseluruhan bajet filem itu.

Foto – Pinterest

Selepas Tom, Aditya cuba menawarkan watak itu kepada Saif Ali Khan dan Salman Khan tetapi kedua-duanya tidak berminat serta menolak tawaran itu. Akhirnya, Aditya menawarkan watak ini kepada SRK.

Filem DDLJ ini telah menjadi hit terbesar dalam sejarah dan memperoleh lebih Rs. 102.5 crores ketika itu.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |