Gila Durian? Ini Penginapan Cadangan Airbnb Untuk Percutian Bertema ‘Raja Buah’

1 day ago 8

Peminat durian, berita gembira untuk anda! Musim King of Fruits sekarang ini tengah hype. Jika sebelum ini percutian anda sekadar pergi, makan durian, kemudian pulang, apa kata tahun ini kita jadikannya lebih istimewa. Nikmati pengalaman penuh dengan menginap di kawasan pengeluar durian, sambil merasai suasana ladang yang tenang.

Airbnb telah menyenaraikan beberapa penginapan menarik di Pahang, Johor dan Melaka yang sesuai untuk anda yang ingin menikmati musim durian secara lebih menyeluruh.

PAHANG – Udara Sejuk, Pemandangan Indah & Musang King Berkualiti

Bentong memang terkenal sebagai kawasan pengeluar Musang King yang terbaik. Dengan cuaca yang sejuk dan pemandangan hijau, ia menjadi destinasi pilihan setiap kali musim durian tiba.

Rest. Pause. Rainforest Retreat:Terletak di tengah hutan, suasana di sini cukup menenangkan. Anda boleh menikmati bunyi sungai, melihat langit nampak bintang-bintang, dan jika bernasib baik, burung enggang juga kelihatan. Musim durian? Hanya selangkah dari penginapan.

Bukit Tinggi Brickhouse

Bukit Tinggi Brickhouse: Sesuai untuk keluarga besar atau dalam kumpulan. Mempunyai 8 bilik tidur di dua villa, kolam renang peribadi, karaoke, dan pemandangan ladang buah. Musim durian? Anda boleh mendapatkan buah segar terus daripada petani dengan harga istimewa.

Bukit Tinggi Brickhouse

JOHOR – Durian Lazat & Aktiviti Keluarga

Johor terkenal dengan durian kampung dan varieti XO yang berlemak. Musim puncak biasanya dari Mei hingga Ogos. Pilihan penginapan di sini cukup pelbagai, daripada rumah tetamu mesra alam hingga vila mewah.

Durian Guesthouse, Kulai:  Rumah tetamu mesra alam yang diuruskan oleh keluarga tempatan. Sarapan disediakan daripada hasil tanaman sendiri, termasuk durian jika anda mahu! Kawasan kebunnya seluas 7,000 kaki persegi, sesuai untuk bersantai dan menikmati suasana desa.

Durian Guesthouse, Kulai
Durian Guesthouse, Kulai

Vila Eksklusif di Johor Bahru:

Starlight Villa, Kolam renang peribadi, kemudahan karaoke, dan ruang BBQ.

Starlight Villa

The Holiday Villa: Luas lebih 5,000 kaki persegi, lengkap dengan meja pool, gelanggang badminton, dan taman untuk majlis santai. Sesuai untuk sehingga 16 tetamu.

The Holiday Villa

MELAKA – Bersantai Dalam Kebun Durian

Bagi yang ingin merasai suasana tenang di Melaka sambil menikmati durian segar antara Jun hingga Ogos, pilihan ini mungkin sesuai:

Little Bud Cottage: Terletak di tengah kebun durian, penginapan ini menawarkan suasana desa yang nyaman. Anda boleh berjalan di bawah pokok durian dan merasai buah segar yang baru gugur semasa musim puncak.

Little Bud Cottage

Tip: Tempah awal kerana musim durian tidak lama. Dengan pilihan Airbnb ini, anda boleh menikmati pakej lengkap, makan, berehat, dan merasai suasana sebenar musim durian.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |