Baru-baru ini tular sebuah rakaman video sesi siaran langsung yang memaparkan Nur Fatima Aisya mengadu kepada ibunya, Nur Fazura dengan mendakwa Nenda (ibu kepada Fattah Amin) telah mengatakan dirinya tidak comel dan tidak pandai.
Mendengar luahan anaknya itu, Fazura tidak melatah dan bersikap tenang menafikan perkara tersebut. Pada masa yang sama, Fazura juga berkata bekas ibu mentuanya tidak mungkin berkata sedemikian kepada cucunya.
Melihatkan rakaman sesi siaran langsung tersebut, dua beranak ini terutamanya Fatima telah mendapat pelbagai kritikan dan juga komen-komen kurang enak sehingga membuatkan kanak-kanak berusia 4 tahun itu menjadi mangsa buli oleh sesetengah pengguna media sosial.
Sebagai ibu, Fazura dengan tegasnya memuat naik hantaran di akaun Instagramnya, seolah-olah memberi amaran kepada seseorang individu untuk tidak bertindak melebihi batas dalam situasi yang dihadapinya.
“Your title to my child, does not make you entitled to my child. Read that again. (Terjemahan: Gelaran awak kepada anak saya, tak bermakna awak berhak ke atas anak saya. Baca sekali lagi.)”
Foto – @missfazura (IG)Walaupun Fazura tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hantaran tersebut, Murai secara peribadinya merasakan ramai tahu apa yang dimaksudkan oleh aktres itu ketika ini.
Terdahulu, Fazura ada membuat hantaran tangkapan skrin di platform Threads apabila seorang individu meminta dua beranak itu untuk mengangkat sumpah kerana percaya bahawa Fatima bercakap bohong mengenai Nenda.
“Saya tidak mengenali mahupun pernah menyentuh wanita ini. Namun, saya ingin bertanya pandangan pembaca jika bendar cadangan HARUS BERANI angkat sumpah kerana “menipu” ini dianjurkan buat saya dan anak saya?”
Foto – @missfazura (Threads)Terbaru, Fattah Amin pula membuat perkongsian yang telah mencuri perhatian ramai. Menerusi kongsian tersebut, Fattah telah memuat naik video yang memaparkan anaknya, Fatima sedang berbual dengan Nendanya menerusi panggilan video.
“Dah jangan gaduh-gaduh ye. Fatima okay je ni dengan Nenda, tengah bincang nak pergi Disneyland.”
Murai berharap kemelut ini dapat ditamatkan dengan baik demi kesejahteraan Nur Fatima Aisya. Apa pendapat kamu?

3 months ago
96


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


