Berbaki hanya beberapa hari sebelum menyatukan cinta mereka dalam ikatan pernikahan, pasangan popular Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, terus mencuri perhatian apabila publisiti majlis mereka kini terpampang megah di layar billboard KL Sentral. Kedua-duanya turut berkesempatan menyaksikan paparan tersebut dan jelas terpancar kegembiraan serta kebahagiaan di wajah mereka biarpun sibuk dengan persiapan menjelang detik bersejarah pada Ahad ini.

Majlis yang diberi nama Setulus Takdir: Fattah Amira bakal disiarkan secara langsung di Unifi TV pada 14 September jam 9 malam, membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan momen penyatuan mereka secara percuma dengan hanya mengaktifkan aplikasi saluran berkenaan.
Sejak semalam pula, media sosial menjadi semakin hangat apabila tular video kenyataan Fattah yang menyebut ‘dari rakan sekerja kepada rakan serumah’, sekali gus menguatkan lagi keterujaan peminat. Rata-rata netizen tidak ketinggalan memuat naik semula detik itu dengan mengangkat jolokan ‘FattMira’ sebagai simbolik cinta pasangan kesayangan ramai ini.
Kisah mesra mereka mula dihidu selepas sama-sama muncul dalam muzik video lagu Bila Nak Kahwin nyanyian Amira, namun ketika itu Amira menegaskan ia hanyalah gimik untuk tujuan promosi. Bagaimanapun, kemesraan mereka terus mendapat restu peminat yang memberi sokongan positif.

Sejak itu, Fattah dan Amira semakin kerap kelihatan bersama, khususnya dalam sesi siaran langsung menjual produk di TikTok sehingga menarik perhatian ramai. Malah, pasangan ini turut dipilih menjadi duta jenama terkenal dan sering tampil bergandingan dengan gaya sedondon.
Selepas hampir 10 bulan berkenalan sejak hujung tahun lalu, Fattah akhirnya membuat kejutan manis kepada Amira dengan pengumuman mereka bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 15 September ini, yang juga bertepatan dengan ulang tahun kelahiran Fattah ke-35.
Sebelum momen bahagia itu, Amira bersama adiknya, penyanyi Irfan Haris, sempat melancarkan video muzik rasmi lagu duet terbaharu mereka berjudul Rasa & Takdir, menandakan satu lagi pencapaian istimewa dalam perjalanan karier seninya sebelum bergelar isteri kepada Fattah.

2 months ago
74


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


