Penyanyi dan pelakon Erra Fazira meluahkan rasa kagum terhadap anak perempuannya, Engku Aleesya, 16, yang berjaya mencapai kecemerlangan akademik dengan memperoleh 7A dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE). Menurut Erra, kejayaan itu adalah hasil daripada disiplin tinggi serta usaha keras Aleesya sendiri yang begitu taat kepada jadual belajarnya.

“Dia yang sangat taat pada jadual dia dan saya bersyukur bahagian itu. Cakap pasal rahsia kejayaan, saya rasa lebih kepada galakkan dia, fahamkan dia kalau hendak berjaya, kena betul-betul fokus. Kali ini bila dia usaha, dan saya tengok usaha dia, sangat setia pada jadual sehinggakan waktu Hari Raya pun tak nak raya.
Nak keluar ajak dia pergi makan pun tak nak, dia tak nak keluar. Ini kerana kami sudah rancang pendekatan itu sejak dia kanak-kanak. Mula-mula memanglah ‘struggle’ sikit. Lama-lama dia sudah faham,” katanya ketika ditemui pada sebuah program riadah bersama media di Sepang baru-baru ini.
Erra yang terkenal dengan lagu Hanya Di Mata itu menjelaskan bahawa peranan utamanya hanyalah untuk memberikan galakan, selebihnya adalah hasil usaha anak gadisnya sendiri. Namun begitu, dia mengakui agak berhati-hati dalam berkongsi kejayaan Aleesya di media sosial kerana bimbang timbul persepsi negatif.

“Saya rasa kalau bahagian saya, saya tidaklah berkongsi terlalu jelas keputusan anak. Sebab saya pun risau, ada mata-mata yang ‘sakit’ melihat hantaran saya.
Saya cuma ucapkan tahniah secara umum. Kadang-kadang manusia ini hati mereka lain-lain jadi penerimaan mungkin berbeza. Bagi saya kalau nak melihat perkara itu sebagai satu benda yang positif, jadikan ia semangat buat anak-anak.
Kalau tengok dari sudut positif, ia akan jadi positif. Tapi kalau orang itu mata dia ‘sakit’, maka itu hak dia untuk berkata-kata. Bagi saya, pilihlah yang positif. Jadi berbalik kepada hati masing-masing,” ujarnya.

Meskipun ada segelintir netizen yang menuduh dirinya seolah-olah menunjuk, Erra tetap berharap perkongsiannya mengenai kejayaan anaknya dilihat dari sudut yang baik, kerana ia boleh dijadikan motivasi buat ibu bapa dan anak-anak lain. Kejayaan Aleesya sekaligus membuktikan bahawa disiplin, fokus, dan kerja keras sejak kecil mampu melahirkan seorang pelajar cemerlang.

2 months ago
61


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


