Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di media sosialnya, baru-baru ini.
Datin Shahida menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dapat dilihat dirinya sedang sibuk membuat persiapan anak perempuannya, Raudhah Arshiyah yang bakal memulakan semester baharu persekolahannya pada hari ini.
“Besok dah start sekolah. Semester baru. Baru nak siap-siap tulis nama buku sekolah anak.”-kongsi Shahida di TikTok
@shahidadherbs2Besok dah start sekolah. Semester baru. Baru nak siap siap tulis nama buku sekolah anak #i
♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly
Menjengah ruangan komen, lain pula yang netizen perasan selepas rata-ratanya para ibu memuji Datin Shahida yang sangat rajin menulis nama buku latihan anaknya dengan tulisan tangan.
“Aku yang B40 siap tempah stiker nama. Datin yang jutawan tulis tangan je. Malunya la mama yang malas ni 😂.”
“Datin, saya beli stiker nama je, punya la malas nak tulis nama anak 😅🤣.”
“Kebanyakan yang tulis nama anak mesti mak-mak kan 🤗🤗.”
“Alahai seronoknya, orang kaya pun sempoi je baring depan tv.”
“Berkumpul dekat ruang tamu. Best moment ever.”
“Busy macam mana pun, mereka tetap ada masa dengan anak-anak.”
“‘Nak jadi apa tak pergi sekolah?’, format ayat ibu-ibu ni memang sama ye sepanjang zaman 🤣. Mak saya 20 tahun lepas pun ayat sama.”
“Orang punyalah banyak kerusi mewah, baring kat lantai juga Dato. Terbaik Dato’.”
“Wah hebat la Datin. Lepas ni saya kena tulis je, usaha jangan malas.”
“Relax je jutawan tulis tangan 😂. Orang nak tempah-tempah stiker.”
Sekadar info, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2007.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, dan Luqman Al- Hakim.