Pengumuman cuti umum tambahan pada 15 September sempena sambutan Hari Malaysia telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dengan cuti empat hari berturut-turut, hujung minggu panjang ini menjadi peluang keemasan untuk merancang percutian, sama ada secara spontan atau dirancang lebih awal.
Lonjakan Secara Drastik
via AgodaSejurus selepas pengumuman tersebut, platform pelancongan Agoda mencatat lonjakan drastik dalam carian penginapan dan destinasi.
Menurut data Agoda, carian penginapan domestik meningkat sebanyak 245%, manakala carian ke destinasi antarabangsa melonjak 117% berbanding dua minggu sebelumnya.
Lonjakan ini mencerminkan betapa pantas dan responsifnya rakyat Malaysia dalam merebut peluang percutian, terutamanya apabila terdapat cuti tambahan yang diumumkan secara mengejut.
Lima destinasi antarabangsa mencatat peningkatan carian tertinggi untuk percutian sempena Hari Malaysia ialah Hat Yai (+203%), Singapura (+169%), Pulau Batam (+221%), Bangkok (+73%) dan Bali (+60%).
Peningkatan ketara ini menunjukkan rakyat Malaysia lebih cenderung memilih lokasi yang dekat dan mudah diakses – biasanya kurang dari tiga jam perjalanan – untuk memaksimumkan masa bercuti mereka.
Penerbangan Domestik Turut Terkesan
via AgodaDi peringkat domestik pula, Port Dickson mendahului senarai dengan peningkatan carian tertinggi iaitu +373%.
Destinasi lain yang turut mencatat permintaan tinggi ialah Pulau Pinang (+260%), Melaka (+254%), Kuala Lumpur (+232%) dan Langkawi (+175%).
Ini membuktikan bahawa percutian dalam negara masih menjadi pilihan utama, terutamanya untuk keluarga dan mereka yang merancang secara mengejut.
Pengarah Negara Agoda untuk Malaysia dan Brunei, Fabian Teja berkata, setiap kali cuti panjang diumumkan, mereka akan lihat peningkatan mendadak dalam carian percutian.
Ini menunjukkan budaya melancong spontan semakin menjadi kebiasaan dalam kalangan warga Malaysia.
Dengan lebih 6 juta tempat penginapan, 130,000 laluan penerbangan, dan 300,000 aktiviti pelancongan di seluruh dunia, Agoda terus menjadi platform utama bagi rakyat Malaysia merancang percutian dengan bajet mesra poket.
Aplikasi mudah alih Agoda juga memudahkan pengguna mendapatkan tawaran istimewa serta merancang percutian dalam masa singkat.
Bagi mereka yang ingin memanfaatkan hujung minggu panjang Hari Malaysia, pelbagai pilihan penginapan dan destinasi menarik tersedia di laman web rasmi Agoda, www.agoda.com.

3 months ago
50


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


